Mangsa scam didera, ‘dipenjara’ dalam bilik gelap

Mangsa scam didera, ‘dipenjara’ dalam bilik gelap

AHLI keluarga mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar menyambut kepulangan anaknya di klia, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selepas berbulan-bulan menanggung azab diseksa dengan dikurung dalam bilik gelap, seorang mangsa penipuan kerja di Myanmar akhirnya dapat balik ke tanah air yang disambut sendiri oleh ibunya selepas tiga tahun tidak bertemu dan menjadi hadiah paling bermakna sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Dia yang berusia 19 tahun kelihatan sebak apabila dipeluk erat wanita berumur 46 tahun ini selepas kali terakhir dapat menghubungi ibu tunggal itu pada Mac tahun lalu.

“Saya sedih dan tiada pun selera makan kerana risau apabila anak bongsu saya ini beritahu dia terjebak jadi mangsa ‘scam’ di Myanmar,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Ng.

Remaja itu yang cuma dirujuk sebagai Chang antara dua mangsa dapat kembali ke tanah air setelah terkandas lama di Bangkok, Thailand kerana masalah dokumentasi perjalanan.

Mereka sepatutnya tiba di negara ini kelmarin bersama-sama tiga lagi mangsa lain namun akhirnya berjaya pulang hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini bersama seorang lagi mangsa dikenali sebagai Maniam, 24, dipaksa bertugas menipu secara talian di KK Garden, Myanmar lebih setahun lalu.

Ketibaan mereka menaiki pesawat Thai Airways penerbangan TG415 itu diraikan oleh Exco Kerajaan Pahang, Sim Chong Siang yang bertanggungjawab atas pembebasan mereka.

Mengulas lanjut, Ng yang bertugas sebagai pengasuh berkata, dia sudah tidak berjumpa anaknya lebih tiga tahun yang bekerja di Kuala Lumpur selepas tamat sekolah menengah.

“Selepas bercerai 10 tahun lalu, saya dan dua anak tinggal dalam bilik kecil di rumah abang di Seremban, Negeri Sembilan kerana tiada duit setelah diabaikan bekas suami,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, anak sulungnya melanjutkan pengajian tinggi di sebuah universiti awam di Sabah manakala Chang mencuba nasib merantau mencari pekerjaan di ibu kota.

Dia terjerat menjadi mangsa ‘scam’ apabila ditipu oleh seorang rakannya sekitar Januari tahun lalu apabila dibawa masuk ke Myanmar meskipun tiada memiliki pasport namun berjaya menghubungi ibunya secara rahsia ketika tengah bertugas sebagai ‘scammer’ dengan berpura-pura menelefon pelanggan di Malaysia tanpa ‘dihidu’ sindiket.

Malah, hasil maklumat remaja itu yang disampaikan kepada Chong Siang membolehkan ramai mangsa berjaya meloloskan diri serta diselamatkan oleh pihak berkuasa Thailand, malangnya, tindakan Chang itu dapat dikesan salah seorang penyelia menyebabkan dia didera dengan ‘dipenjara’ dalam bilik gelap selain pelbagai lagi bentuk seksaan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.