Azizulhasni raih gangsa Piala Dunia Trek di Nilai

Azizulhasni raih gangsa Piala Dunia Trek di Nilai

DATUK Azizulhasni Awang ketika meraikan kejayaan meraih gangsa pada Piala Dunia Trek 2026 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara pecut individu lelaki selepas menewaskan pelumba Rusia, Nikita Kiriltsev 2-0 pada Piala Dunia Trek 2026 di Velodrom Nasional Malaysia, hari ini.

Belum reda dengan kejayaan meraih acara keirin semalam, Azizulhasni sekali lagi mempamerkan ketajamannya untuk menutup kempen dengan penuh bergaya.

Dua kemenangan itu menyaksikan beliau tidak perlu ke perlumbaan penentuan jelas memperlihatkan pengalaman dan taktikal Azizulhasni masih berada di tahap tertinggi.

Pingat gangsa tersebut hadir sehari selepas Azizulhasni mencipta sensasi apabila meraih emas dalam acara keirin yang sangat mendebarkan.

Terdahulu, Azizulhasni terlepas tiket ke final selepas tewas 1-2 kepada pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul dalam aksi separuh akhir yang berlangsung petang tadi.

Final acara itu menyaksikan dominasi juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen yang menewaskan Nicholas Paul 2-0 untuk meraih emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN