Malaysia kutuk bakar al-Quran, gesa Sweden ambil tindakan

Malaysia kutuk bakar al-Quran, gesa Sweden ambil tindakan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji itu serta memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

Beliau berkata, tindakan provokasi itu bukan sahaja mencetuskan sensitiviti kepada Turkiye, tetapi turut memberi kesan kepada lebih dua bilion umat Islam di dunia ini.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang-ulang yang menyasarkan umat Islam di dunia serta segala bentuk hasutan untuk membenci dan menyemarakkan perkauman dalam perkataan atau perbuatan yang semakin meningkat kerana kepercayaan atau etnik.

“Malaysia mengulangi pentingnya menegakkan prinsip dialog, libat sama dan saling hormat-menghormati dalam menyeledaikan pertikaian.

“(Malaysia juga) menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak kebencian kaum atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan kebencian serta keganasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan.

Selepas mengecam hampir sejam yang mana dia menyerang Islam dan Imigresen di Sweden, Paludan membakar al-Quran dengan pemetik api.

Lebih mengecewakan, akhbar The Washington Post melaporkan, ahli politik itu didakwa menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.