Lelaki hilang di Tasik Gubir ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Lelaki hilang di Tasik Gubir ditemukan lemas

MANGSA ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari tempat dihanyutkan arus deras di kawasan sungai di Tasik Gubir, Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang dibawa arus deras, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia selepas ditemukan terapung di tengah sungai di Tasik Gubir, di sini.

Mangsa, Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, yang berasal dari Kulim, dekat sini ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian pada pukul 4.47 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa dijumpai lengkap berpakaian dalam operasi SAR yang disambung semula awal pagi ini.

“Mayat dibawa ke jeti pangkalan Tasik Gubir sebelum dihantar ke Hospital Sik untuk proses bedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, hari ini.

Abdull Razak berkata, SAR disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sukarelawan Bomba dan Penyelamat Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia.

“Selain itu, operasi turut dibantu orang awam yang bertungkus-lumus bersama pihak berkuasa untuk mencari mangsa sejak hari kehilangannya dilaporkan,” katanya.

Isnin lalu, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Kulim dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika cuba menyeberangi sungai ketika berkhemah bersama tujuh lagi rakannya di kawasan Tasik Gubir.

Mereka dikatakan sudah berkhemah di kawasan itu sejak Ahad, namun pada awal pagi keesokannya mangsa bersama lima rakan menaiki bot untuk memancing di kawasan tasik dan meninggalkan dua lagi rakan lain di kawasan perkhemahan.

Bagaimanapun, pada pukul 1.30 petang mereka berlima telah kembali ke kawasan tapak perkhemahan untuk menjala ikan di tepi sungai berkenaan.

NamUn, ketika hendak turun dari bot untuk menuju ke tapak perkhemahan melalui laluan sungai, air tiba-tiba bertukar menjadi deras dan laju menyebabkan mangsa dan rakan lain panik dan cuba menyelamatkan diri ke tebing. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.