Kutipan wakaf Selangor capai 129 peratus - Utusan Malaysia

Kutipan wakaf Selangor capai 129 peratus

Kutipan wakaf
ABDUL Aziz  Mohd. Yusof (tengah) melancarkan portal e-Edisi MAIS dekat Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kutipan wakaf di Selangor merekodkan prestasi luar jangka apabila memperoleh RM64.4 juta sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 129 peratus sekali gus melepasi sasaran RM50 juta yang ditetapkan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kutipan itu kebanyakannya melibatkan wakaf khas yang keseluruhannya berjumlah RM51.9 juta dikutip Perbadanan Wakaf Selangor.

“Selain itu, ia meliputi wakaf tunai yang berjumlah RM10.8 juta dan manfaat wakaf iaitu RM1.7 juta.

“Kutipan positif berkenaan mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding RM58.5 juta pada 2021,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perutusan Pengerusi MAIS 2023 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Pada program itu, beliau turut melancarkan portal e-Edisi bagi membudayakan transformasi digital dan penyerahan sumbangan wakaf van jenazah kepada masjid berkenaan.

Jelas Abdul Aziz, PWS perlu mensasarkan kutipan wakaf berjumlah RM500 juta bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

“Kutipan wakaf tunai boleh dipertingkatkan lagi menerusi promosi dan pemasaran kepada syarikat, tokoh korporat dan skim potongan gaji. Tabung wakaf juga boleh diperluaskan di tempat awam seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pasar raya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tahun ini meluluskan empat strategi utama sebagai hala tuju MAIS bersama agensi dan anak syarikat dalam mengharungi cabaran masa depan.

“Strategi itu antaranya memfokuskan kepada pengukuhan akidah dan  kesejahteraan sosial ummah serta kelestarian ekonomi. Pelan strategik itu turut melibatkan pengukuhan ekosistem tadbir urus dan perundangan serta sistem penyampaian perkhidmatan responsif,” jelasnya.

Tambah Abdul Aziz, semua warga kerja MAIS, agensi dan anak syarikatnya diminta meningkatkan produktiviti kerja dengan lebih efektif terutama tadbir urus, masa serta kesegeraan dalam tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.