KPM semak tatacara pengeluaran wang pihak sekolah

KPM semak tatacara pengeluaran wang pihak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius kes kecurian melibatkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Katanya, pada masa sama, KPM juga sedang menyemak mengenai insiden berkenaan daripada segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

“Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

“Ia berdasarkan Surat Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan bertarikh 29 Disember 2022, memberi peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPM, pihaknya tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara melibatkan prosedur dan tatacara kewangan.

Katanya, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan yang ditetapkan.

Semalam, media melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, disyaki disamun penjenayah.

Wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada pukul 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.