KPM pertimbang cadangan letak anggota keselamatan di sekolah

KPM pertimbang cadangan letak anggota keselamatan di sekolah

FADHLINA Sidek berucap pada Program MyLesen B2 Sekolah di Austin International Convention Centre (AICC), Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbang cadangan untuk meletakkan anggota keselamatan di setiap sekolah sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan baharu itu sedang dimuktamadkan bagi menambah baik garis panduan sedia ada seperti dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Sekolah yang disertai pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.

“KPM sedang muktamadkan garis panduan keselamatan baharu menerusi pembabitan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Sekolah yang dianggotai pakar daripada pelbagai latar belakang.

“Mengenai cadangan untuk meletakkan anggota keselamatan di sekolah, KPM akan teliti cadangan tersebut,” katanya sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, di sini hari ini.

Sementara itu, Siew Fook dilaporkan berkata, kerajaan memperuntukkan RM18.5 juta bagi membolehkan seramai 60,000 pelajar di seluruh negara menerima lesen motosikal secara percuma menerusi Program MyB2S, tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,200 pelajar di Johor dikenal pasti untuk menyertai program berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta.

“Program itu bertujuan membantu pelajar khususnya tingkatan empat dan lima mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dalam kalangan golongan muda. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN