KPD Kota Setar sampaikan khutbah Jumaat mengenai scam

KPD Kota Setar sampaikan khutbah Jumaat mengenai scam

AHMAD Shukri Mat Akhir ketika menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk Jenayah Komersial: Penipuan Dalam Talian atau Scammer di Masjid Tuan Hussin, Jalan Anak Bukit, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 375 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun lalu bagi kes-kes jenayah komersial di daerah Kota Setar yang melibatkan kerugian hampir RM60 juta, kongsi Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

Beliau yang menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk Jenayah Komersial: Penipuan Dalam Talian atau Scammer berkata, kebanyakan kes terbabit melibatkan Macau Scam, permintaan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) dan kata laluan sekali (OTP), Love Scam dan Parcel Scam.

Selain itu katanya, kegiatan penipuan ‘ah long’ siber juga perlu diberi perhatian kerana modus operandinya sering digunakan bagi menipu orang ramai yang bermula apabila mangsa melihat iklan di media sosial menawarkan pinjaman dengan bunga rendah berbanding bank.

“Apabila mangsa menghubungi pihak terbabit, mangsa diarahkan membuat rakaman video sambil memegang Mykad. Dalam rakaman itu, mangsa perlu perkenal diri serta membuat pengakuan mahu pinjam wang. 

“Selepas itu, mangsa diminta muat turun aplikasi tertentu di telefon pintar yang membolehkan telefon tersebut diceroboh dan semua nombor telefon disalin. Hanya selepas semua permintaan dituruti, barulah wang dimasukkan. Mangsa seterusnya akan dipaksa membuat bayaran dan jika gagal, salinan video itu akan dihantar ke semua nombor telefon yang ada dalam simpanan mangsa,” katanya di Masjid Tuan Hussin, Jalan Anak Bukit, hari ini.

Tambah Ahmad Shukri, suspek kemudiannya akan mengupah individu tertentu untuk menghantar notis atau menyimbah cat ke rumah mangsa serta jiran dengan tujuan menakut-nakutkan mereka.

“Berdasarkan penelitian kami, dapat disimpulkan bahawa kegiatan jenayah scam atau penipuan yang berjaya memperdayakan mangsa berpunca daripada dua sikap dengan yang pertamanya adalah tidak mengambil tahu mengenai isu semasa serta mudah panik.

“Sikap ini perlu dielakkan kerana pengetahuan tentang isu semasa mampu menjadi benteng mengelak ditipu scammer. Pengetahuan itu juga mampu membantu seseorang individu untuk lebih bertenang serta tidak panik apabila menerima panggilan dari pihak tertentu.

“Satu lagi sikap yang perlu dijauhi katanya adalah tamak dan mahukan keuntungan cepat dengan kecenderungan ke arah itu yang mampu mengganggu kewarasan berfikir kerana terikut-ikut dengan hawa nafsu yang dibuktikan dengan kes-kes melibatkan mangsa daripada golongan profesional serta terpelajar hanya disebabkan mereka mengejar kemewahan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya