KKM bimbang penjualan Tiger Pod berleluasa

KKM bimbang penjualan Tiger Pod berleluasa

BENTUK Tiger Pod menyerupai permainan kanak-kanak menarik perhatian. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyelesaian terhadap penjualan produk rokok elektronik atau vape seperti ‘Tiger Pod’ yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, ia melibatkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi penguatkuasaan yang lain.

Tegas Zaliha, pengusaha-pengusaha vape harus mengambil sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam penghasilan produk mereka.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil berat dan kesal berhubung isu penjualan produk rokok elektronik atau vape di hadapan sebuah sekolah yang viral baru-baru ini. Kita juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan yang menyerupai permainan kanak-kanak atau Tiger Pod kini semakin berleluasa.

“Perkara ini sangat membimbangkan ibu bapa dan guru kerana produk tersebut direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya.

“Justeru, ibu bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TIGER POD

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, KKM juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, universiti awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan bagi memastikan pendidikan berterusan berkaitan bahaya merokok dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan ialah apabila rokok elektronik atau vape ini menggunakan cecair bernikotin yang mana penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Ini kerana katanya, pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Akta Jualan Dadah 1952.

“Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair rokok elektronik atau vape, maka peruntukan tersebut dimasukkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang lebih bertujuan mengawal selia penghasilan produk tersebut.

“Ia telah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Ogos 2022 dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya