KJ dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung - sumber

KJ dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung – sumber

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn yang berlangsung malam ini.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung, termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, manakala bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar sudah mengesahkan beliau dipecat.

Noh meminta untuk dirinya dipecat kerana tidak mahu dirinya digantung selama enam tahun dan MKT bersetuju dengan permintaannya.

Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol
Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menggantikan kedudukan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya