Khairy sokong Anwar PM jika terpilih Presiden UMNO

Khairy sokong Anwar PM jika terpilih Presiden UMNO

KHAIRY JAMALUDIN dan ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu beliau atau sekutunya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Khairy memaklumkan perkara itu dalam satu forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura sekali gus membayangkan beliau dijangka bertanding sebagai Presiden UMNO.

Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau mahu kerajaan perpaduan ini bertahan dan stabil.

“Ada kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik serta kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.

“Loke (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook) saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Forum itu turut dihadiri Siew Fook yang merupakan Menteri Pengangkutan dan juga Setiausaha Agung DAP.

Menurut Khairy lagi, pemilihan UMNO yang akan datang adalah segala-galanya dengan parti perlu diperbaharui, relevan, atau ‘berehat dengan tenang’.

Beliau berkata, pemilihan parti adalah peluang parti untuk melakar hala tuju baharu parti itu.

Sebelum ini, Khairy dilihat lantang terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran kekalahan UMNO dan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya