Ketua Menteri tanpa parti hanya di Sabah-Mohd. Shafie

Ketua Menteri tanpa parti hanya di Sabah-Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal bersama Takahashi Katsuhiko (kanan) semasa ditemui di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Tak payah cerita pasal nombor (sokongan), mana ada kerajaan boleh dibentuk jika Ketua Menterinya tidak mempunyai parti,”.

Demikian kata Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai jumlah sokongan yang diumumkan oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Beliau berkata, kemelut politik yang berlaku sekarang bukan lagi mengenai siapa yang mempunyai majoriti mahupun akuan bersumpah (SD).

“Kalau ikut Perlembagaan Negeri Sabah, mana ada kerajaan boleh dibentuk, Ketua Menterinya tidak mempunyai parti. Apa parti dia?.

“Dalam Perlembagaan Negeri jelas menyebut parti politik yang menang majoriti iaitu parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16. GRS tidak bertanding, yang bertanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Jadi apabila Perikatan Nasional (PN) keluar. PN/Bersatu hilang kelayakan sebab mana ada ketua parti (GRS) bertanding dalam PRN-16.

“Kalau dia ada nombor (sokongan), kita pun ada nombor jadi, tak payah cerita pasal nombor. Kalau kira SD, semua pun ada SD,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko di kediamannya hari ini.

Menurut Mohd. Shafie, bilangan yang diperoleh Hajiji itu ada daripada UMNO dan juga Warisan.

Tambah beliau, semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, usul undi percaya mengenai sokongan terhadapnya telah dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau menang dengan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, jika dilihat Akta Anti Lompat Parti telah dilaksana di Kuala Lumpur namun di Sabah, anti lompat belum dilaksanakan.

“Jadi, kena lihat amalan yang sepatutnya maka, sekiranya kita menghalalkan lompat-melompat adakah tindakan itu selari dengan di peringkat Persekutuan?,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya