Kerajaan akan pastikan bekalan ayam tidak terjejas

Kerajaan akan pastikan bekalan ayam tidak terjejas

MOHAMAD Sabu (dua kiri) melancarkan jualan murah ayam proses segar ketika melakukan lawatan kerja ke Syarikat Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bekalan ayam di negara ini tidak akan terjejas ekoran penularan wabak selesema burung yang melanda dunia ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan meneliti masalah kekurangan bekalan ayam di setiap rantaian untuk memastikan sumber protein itu kekal stabil.

Malah beliau berkata, wabak berkenaan yang dilaporkan melanda utara Eropah dan Amerika Syarikat juga belum dikesan di negara ini.

“Setakat ini selesema burung tidak memberi kesan kepada Malaysia. Setakat ini tak ada wabak. Kita meneliti masalah ini (kekurangan bekalan ayam). Masalah ini berlaku sentiasa dan pihak kita sedang melihat dari masa ke semasa. 

“Memang buat masa sekarang keadaan bekalan ayam ini stabil, masa akan datang kita harap ia terus stabil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong, di sini.

Mohamad mengulas tentang laporan Utusan Malaysia mengenai negara yang berdepan ancaman keselamatan makanan serius ekoran bekalan ayam seluruh negara dijangka menyusut 40 peratus menjelang Jun ini.

Masalah bekalan itu dijangka berlaku ekoran penularan wabak selesema burung yang serius hampir di seluruh dunia ketika ini.

Sementara itu, Mohamad memberitahu, bekalan ayam di seluruh negara ketika ini adalah stabil untuk kegunaan orang ramai dan boleh dibeli di mana-mana sahaja kedai atau premis yang menjualnya. 

Dalam pada itu, menyentuh tentang isu kekurangan bekalan telur, katanya, ia akan selesai dalam masa terdekat.

“Insya-Allah sedang pulih. Masalah benda hidup ini kita tidak boleh letak tarikh (selesai), tetapi kita sedang berusaha. Jalan raya, kita boleh cakap jalan ini siap pada bulan Julai.

“Tetapi hal makanan ini kita jamin ianya ada dan harganya mengikut pasaran pada waktu itu dia bukan buat jalan raya, ini benda hidup,” tambahnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya