Jeti roboh di Semporna, 25 murid sekolah terjatuh dalam laut

Jeti roboh di Semporna, 25 murid sekolah terjatuh dalam laut

TANGKAP layar insiden jeti roboh membabitkan murid SK Pababag di Semporna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 25 murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna terjatuh ke dalam laut apabila jeti yang digunakan menuju ke sekolah roboh pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seramai dua murid mengalami cedera ringan manakala, 23 murid lagi termasuk lima murid Tabika Kemas tidak mengalami sebarang kecederaan semasa terjatuh ke dalam laut apabila jeti itu tiba-tiba roboh semasa murid-murid berkenaan berada di atas jeti tersebut.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Sekolah), Abidin Marjan berkata, dua guru sekolah yang kebetulan berada di lokasi kejadian telah bertindak terjun ke laut bagi membantu menyelamat murid-murid yang terlibat.

“Dua murid yang cedera ringan mengalami luka pada bahagian bibir dan tangan akibat terkena kayu dan simen jeti yang roboh,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, guru-guru lain yang tiba di jeti berkenaan kekal di atas bot berhampiran jeti Pulau Pababag untuk membantu murid-murid yang telah diselamatkan.

“Jeti kampung itu roboh semasa murid sedang menaiki jeti berkenaan. Jeti itu adalah laluan utama untuk murid sampai ke sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, selepas memeriksaan keadaan semua murid yang terlibat, mereka yang tidak mengalami kecederaan dibenarkan balik ke rumah masing-masing untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.