Jeremy Renner selamat jalani pembedahan, masih kritikal

Jeremy Renner selamat jalani pembedahan, masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEVADA: Pelakon watak Hawkeye dalam filem Avengers, Jeremy Renner selamat menjalani pembedahan susulan kemalangan yang dialaminya ketika membersihkan salji, pagi Ahad lalu.

ABC News yang memetik kenyataan pihak pengurusan pelakon tersebut berkata, keadaan Renner, 51, masih kritikal dan dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sini.

“Keluarga beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan doktor dan jururawat, pasukan bomba dan penyelamat Truckee Meadow serta pihak polis yang bertungkus lumus menyelamatkan Renner.

“Keluarganya juga meluahkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa mendoakan agar Renner sembuh seperti sedia kala,” katanya.

Renner diterbangkan ke hospital, Ahad lalu dengan menaiki helikopter selepas jentera pembersih salji dinaikinya terlibat dalam kemalangan berdekatan lebuh raya sekitar pergunungan Rose, di sini.

Pihak berkuasa bagaimanapun, tidak mendedahkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan masih menyiasat insiden terbabit.

Nama pelakon ini melonjak naik menerusi beberapa filem pecah panggung, termasuk Avengers: Endgame, Captain America dan banyak lagi.

Renner pernah tercalon bagi kategori Pelakon Terbaik, Anugerah Oscar 2010 menerusi filem The Hurt Locker dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi The Town pada 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN