Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka 5 petang esok

Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka 5 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor yang ditutup sejak 16 Disember lalu susulan runtuhan tanah dijadual dibuka semula pukul 5 petang esok. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, pembukaan itu melibatkan Jalan Negeri B66 laluan Batang Kali-Genting Highlands Seksyen 10.4, untuk kegunaan pengguna jalan raya. 

Katanya, laluan sementara akan dibuka melibatkan satu lorong dan terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh JKR. 

“Syarat itu melibatkan pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan sahaja dan kelas kenderaan yang dibenarkan adalah kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) dan kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter) sahaja. 

“Selain itu, pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh,” katanya. 

Sehubungan itu, JKR meminta pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan. 

JKR juga memaklumkan pengguna jalan raya disaran menggunakan dua laluan alternatif bagi mengurangkan risiko kesesakan di jalan berkenaan. 

“Antara jalan alternatif lain yang boleh dilalui adalah Jalan Negeri B23, laluan Ulu Yam – Batu Caves dan Jalan Persekutuan FT001, laluan Kuala Lumpur – Ipoh,” ujarnya. 

Orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073. 

Bulan lepas, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang menghempap tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm yang meragut 31 nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya