Isu lantikan Nuruh Izzah: Persepsi nepotisme akan berubah

Isu lantikan Nuruh Izzah: Persepsi nepotisme akan berubah

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah demi kepentingan negara dan rakyat.

Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, Amir H Ghazali berkata, pelantikan ini mampu untuk mengubah persepsi rakyat mengenai budaya nepotisme.

Katanya, tidak semestinya kronisme atau nepotisme diukur disebabkan penglibatan anak beranak jika seseorang itu mempunyai kredibiliti dan kebolehan.

“Pelantikan Nurul Izzah akan dilihat sebagai usaha merubah persepsi bahawa anak beranak juga layak jika tujuannya untuk mengumpul atau mendapatkan balik kekayaan negara untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Tidak timbul dakwaan kronisme ataupun nepotisme kerana ia dibuat demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amir, Nurul Izzah yang bukan lagi wakil rakyat menggalas tugasnya sebagai penasihat tanpa sebarang kuasa untuk meluluskan projek yang boleh menguntungkan dirinya.

“Lagipun Nurul Izzah bukan CEO (ketua pegawai eksekutif) atau pengerusi yang ada sebarang kuasa untuk meluluskan projek, tender dan sebagainya,” katanya.

Hujung minggu lalu, Nurul Izzah mendedahkan beliau kini bertugas sebagai penasihat dan menjalankan tugas itu secara pro-bono.

Perkara itu telah menimbulkan perdebatan antara pengguna-pengguna media sosial yang tidak bersetuju dan bersetuju dengan pelantikan itu.

Menurut Amir, Nurul Izzah akan menumpukan tugas untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadap Bajet yang bakal dibentangkan Februari ini dan dasar kerajaan.

“Lantikan Nurul Izzah akan membentuk pasukan yang rapat dengan perdana menteri memudahkan pelan tindakan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang hendak dilaksanakan segera.

“Justeru, buat apa hendak menggelabah jika sekiranya pihak-pihak di sebelah sana yang kini pembangkang kalau tidak melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya