PETALING JAYA: Usaha menaik taraf kemudahan pam air bagi menyedut air sungai ke kawasan bendang dikenal pasti antara pendekatan dalam menangani isu kemarau yang menjejaskan pengeluaran padi negara. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu penting bagi memastikan bekalan air ke kawasan sawah tidak terjejas terutama ketika musim kemarau berpanjangan. Katanya, projek naik taraf itu dilakukan susulan paras air sungai yang menurun akibat cuaca kemarau…










