Ira Kazar hamil? Saya tak nak komen apa-apa - Utusan Malaysia

Ira Kazar hamil? Saya tak nak komen apa-apa

YUSOF HASLAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit filem berpengalaman, Datuk Yusof Haslam memaklumkan, dia tidak mengetahui berita yang mendakwa menantunya, Ira Kazar sudah berbadan dua.

Katanya, dia enggan memberikan sebarang komen melibatkan hal keluarga kerana Syamsul juga tidak tinggal sebumbung dengannya.

“Saya tak tahu dia hamil atau tidak. Saya tidak mahu komen apa-apa. Wallahualam,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall, di sini, malam tadi.

Yusof pada masa sama menjelaskan, dia perlu menjaga hati banyak pihak, termasuk isterinya yang menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini.

“Saya nak jaga hati isteri sebab dia sekarang dalam keadaan sugul.

“Pada masa sama, Syamsul anak saya dan kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami tidak baik, termasuk semua menantu dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga,” katanya.

Disoal berhubung tindakannya yang sering mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung konflik rumah tangga melibatkan anaknya, Yusof menjelaskan, dia sangat menghormati tugas wartawan.

Tegasnya, individu yang memilih untuk berada dalam bidang seni perlu memahami peranan dan fungsi wartawan untuk mendapatkan bahan berita melibatkan sesebuah isu.

“Kalau kita tidak mahu ditemu bual atau bercakap dengan pihak lain, jangan jadi anak seni atau ahli politik.

“Ada orang tanya kenapa saya jawab soalan-soalan wartawan? Saya menghormati tugas mereka dan sebagai anak seni atau ahli politik juga perlu bersedia dengan kritikan di media sosial,”

Kemelut rumah tangga Syamsul dengan Puteri Sarah semakin memuncak selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira di Thailand, 6 Januari lalu.

Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, 16 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya