Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

SAARANI Mohamad (tengah) bersama orang ramai yang hadir menziarahi jenazah ibu beliau di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Aminah Mohd. Yusuf, 79, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam tadi akibat sakit tua.

Allahyarham meninggal dunia di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir di sini.

Jenazah allahyarham akan dimandi dan dikafankan di kediaman berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Kampung Raban, Lenggong.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban, Lenggong pada pukul 11 pagi.

Allahyarham meninggalkan sembilan anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung.

Terdahulu, beberapa pemimpin dan ketua jabatan termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri hadir menziarahi jenazah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya