Halim Othman merealisasikan impian lalu - Utusan Malaysia

Halim Othman merealisasikan impian lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio berpengalaman, Halim Othman memanjatkan rasa syukur, apabila berjaya mengendalikan rancangan secara live di platform TikTok miliknya.

Rancangan dinamakan TikTok Live Bersama HO itu sebetulnya pernah menjadi impian yang dianggap mustahil untuk direalisasikan satu ketika dahulu.

“Sewaktu menjadi penyampai radio Era, saya terfikir alangkah seronoknya kalau saya berpeluang mengendalikan sebuah rancangan sendiri yang boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada.

“Ketika itu, perkara tersebut hanyalah sebuah angan-angan dan saya rasa mustahil untuk direalisasikan kerana teknologi dulu tidak sama seperti hari ini.

“Namun hari ini, ia tidak lagi sesuatu yang mustahil dengan kewujudan TikTok. Saya gembira, bila pada akhirnya, saya berjaya memiliki rancangan sendiri, yang boleh ditonton secara langsung dan serentak oleh seluruh masyarakat, tidak kira di mana sahaja mereka berada,” katanya melahirkan kegembiraan.

Malah pengacara berusia 58 tahun itu menyifatkan rancangan tersebut sebagai pelengkap kepada kerjaya radionya yang sejak tiga dekad lalu, bagaikan sudah menjadi darah dagingnya.

“Tiga bulan sudah saya mengendalikan rancangan ini di TikTok dan buat masa ini ia masih di peringkat permulaan. Visi saya adalah untuk menjadikan ia lebih berjaya.

“Kalau rancangan ini menjadi, ia akan menjadi satu perkara yang cukup istimewa kepada saya,” jelasnya pengacara Roda Impian itu.

TikTok Live Bersama HO bersiaran setiap hari pukul 10 pagi dan 10 malam, di saluran halimothmanho2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya