Enam perkara penting disepakati kukuh hubungan dua hala

Enam perkara penting disepakati kukuh hubungan dua hala Malaysia-Indonesia

ANWAR Ibrahim bersama Joko Widodo ketika Lawatan Rasmi ke Indonesia di pekarangan Istana Bogor, Jawa Barat- AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melaporkan dari Jakarta sempena lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim

JAWA BARAT: Enam perkara penting digariskan dan disepakati untuk diselesaikan, ditangani dan diambil perhatian serius oleh Malaysia dan Indonesia bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara termasuk menjamin keselamatan rantau ASEAN.

Perkara itu ditekankan dalam kenyataan bersama yang dibacakan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam pertemuan rasmi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia di Istana Bogor dekat sini hari ini.

Menurut Jokowi, pihaknya yakin di bawah kepemimpinan Anwar, kerjasama Indonesia-Malaysia akan semakin kuat.

“Dalam pertemuan (Jokowi-Anwar), saya menyampaikan beberapa hal, pertamanya, saya menyambut baik penglibatan pelabur Malaysia dalam pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN). Sebanyak 11 pucuk Surat Minat (LOI) telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa IKN.

“Beberapa memorandum persefahaman (MoU) merangkumi bidang eksport import dalm lain-lain sudah ditandatangani,” katanya.

Anwar yang tiba di Istana Bogor pada pukul 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) diberikan sambutan rasmi dan disambut Jokowi.

Ketibaan Anwar disusuli 19 kali bedilan meriam diiringi lagu Negaraku dan Indonesia Raya.

Anwar meneruskan acara dengan menanam pokok Merawan (Hopea odorata) di pekarangan istana.

Menaiki buggy yang dipandu sendiri Jokowi, kedua-dua pemimpin mengelilingi Kebun Raya Bogor yang seluas 87 hektar dan terdapat 15,000 spesies pokok dan juga tumbuhan.

Kedua-dua mereka turut menyaksikan penyerahan LOI tersebut antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Pengerusi Pihak Berkuasa IKN, Bambang Susantono.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya