Emman Azman harumkan nama Malaysia menang johan gusti di Thailand

Emman Azman harumkan nama Malaysia menang johan gusti di Thailand

EMMAN Azman memenangi Kejohanan Gusti Tag Team Antarabangsa di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand pada 28 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Juara Gusti Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) di Australia, Emman Azman mengharumkan nama Malaysia sekali lagi apabila memenangi Kejohanan Gusti Tag Team Antarabangsa yang berlangsung di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand pada 28 Januari lalu.

Emman bergandingan dengan peserta gusti dari Canada, Sunny Z menentang pasukan tuan rumah Thailand, Johnathan Johnson dan P’Suchart dalam aksi pertarungan selama 14 minit 59 saat.

Dia menamatkan perlawanan dengan teknik yang tersendiri yang digelar ‘KL GOLD’ Running Elbow.

“Ini adalah pertama kali bertanding dalam acara ini, digandingkan pula dengan Sunny Z. Memang kami tidak pernah ada chemistry. Itu cabaran untuk Emman menyesuaikan diri dengannya dan akhirnya strategi kami menjadi.

“Dengan kemenangan ini di Thailand, Emman berharap dapat membuka ruang untuk ahli-ahli gusti di Malaysia untuk bertanding di sini di samping dapat mengharumkan nama negara pada masa akan datang,” katanya dalam reaksi ringkas.

Emman dijangka mempertahan tali pinggang kejuaraannya pada Kejohanan Gusti New Breed anjuran My Pro Wrestling yang bakal diadakan pada 18 Februari ini di Kuash Theatre TTDI.

Kejohanan gusti itu akan menghimpunkan seramai 12 penggusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.

Orang ramai yang berminat menonton kejohanan gusti ini boleh membuat pembelian tiket di web myticketempire.com/mypwnewbreed, pada harga RM74, RM104 dan RM154. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.