Dendam, selisih faham motif lelaki mati ditetak - Utusan Malaysia

Dendam, selisih faham motif lelaki mati ditetak

Mati ditetak
S. Vijaya Rao ditemui pemberita selepas membuat tinjauan sempena Tahun Baru Cina 2023 di Pasar Pagi Taman Eng Ann di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dendam dan perselisihan faham antara dua kumpulan dipercayai motif utama kes seorang lelaki mati ditetak dengan senjata tajam di Taman Intan, Kapar di sini, 10 Januari lalu.

Susulan itu, polis menahan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kumpulan itu tidak berpuas hati dengan isu lama yang timbul antara mereka.

“Kesemua suspek terdiri daripada sebelah kumpulan mangsa, namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Motif awal mendapati kes itu melibatkan pergaduhan antara dua kumpulan berkaitan isu tertentu,” katanya pada program Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Eng Ann, hari ini.

Seorang lelaki sebelum ini dilaporkan mati ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja di taman berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 2.04 pagi.

Insiden tersebut tular menerusi potongan video berdurasi 18 saat memaparkan dua lelaki memegang senjata tajam dipercayai parang panjang. 

Tambahnya, polis masih memburu dua suspek utama yang terlibat dalam kes itu.

“Mereka merupakan individu daripada kumpulan suspek yang melarikan diri dan masih bebas. Kita setakat ini belum membuat sebarang tangkapan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Hanis di talian 019-9099763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di 03-32912222 serta balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya