Cikgu Hadee 'kunci mulut'

Cikgu Hadee ‘kunci mulut’

SAIFUL HADEE AMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas jurulatih skuad bola tampar perempuan Melaka bawah 14 tahun, Saiful Hadee Amar, 44, yang dibatalkan lesen jurulatihnya mengambil pendirian ‘kunci mulut’ daripada mengulas keputusan dibuat Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), semalam.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Hadee berkata, kapasitinya sebagai seorang penjawat awam tidak membolehkan dirinya mengeluarkan sebarang pandangan atau komen berhubung perkara itu.

“Saya penjawat awam, tidak boleh beri komen, harap faham,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Saiful Hadee yang terlibat dalam insiden menampar dua pemain semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini, dibatalkan lesen jurulatihnya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan tersebut dibuat MAVA melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin persatuan berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah awal, jurulatih tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan itu, termasuk jurulatih untuk murid sekolah.

Sebelum ini, Saiful Hadee yang berkhidmat sebagai guru sekolah rendah di Alor Gajah dekat sini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelakuannya.

Jelasnya, dia tidak berniat untuk mendatangkan sebarang kecederaan, namun tindakan itu sekadar menaikkan semangat pemain yang pertama kali layak ke separuh akhir.

Ujarnya, dia dengan lapang dada memohon maaf bukan sahaja kepada pemain terlibat serta ibu bapa, sebaliknya seluruh komuniti bola tampar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya