Bung Moktar letak jawatan Presiden SAFA

Bung Moktar letak jawatan Presiden SAFA

BUNG Moktar Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkuat kuasa serta-merta selepas mengetuai badan induk bola sepak Sabah itu sejak Jun 2021.

Sebelum dilantik sebagai Presiden SAFA, Bung Moktar memangku jawatan berkenaan selama enam bulan berikutan sokongan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi SAFA pada Disember 2020.

Beliau kemudian disahkan sebagai Presiden SAFA yang baharu pada mesyuarat agung luar biasa SAFA pada Jun 2021 selepas semua badan gabungan badan induk itu memilih beliau sebulat suara menjawat jawatan berkenaan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik .

Beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC, namun sepanjang beliau mengetuai badan induk bola sepak itu, SAFA berupaya melakukan beberapa perubahan dalam pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Saya tetap gembira kerana sedikit seng masih belum memuaskan.

“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak terutama dari peneraju utama kepemimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu SAFA khususnya Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.banyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran SAFA dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ianya ditahap ya

Bung Moktar berkata, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung SAFA dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya