Buli, juga terjadi dalam program realiti - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Buli, juga terjadi dalam program realiti – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyelar tindakan berlebihan juri yang melampau-lampau memberikan komen terhadap persembahan peserta dalam sesebuah program realiti.

Kongsinya, komen yang melampau yang dilontarkan tanpa memikirkan perasaan serta maruah peserta dianggap tidak patut berlaku sementelah juri boleh memilih pelbagai cara lebih baik untuk menyampai teguran.

“Buli boleh terjadi dalam rancangan realiti televisyen bukan hanya dalam sosial media. Apabila perkara tersebut terjadi, bukan salah produksi tetapi salah orang yang mengeluarkan kata-kata kesat tanpa fikir maruah peserta dan keluarganya.

“Produksi memang sukar mengawal apa yang berlaku tetapi apa yang keluar dari mulut individu adalah 200 peratus tanggungjawab sendiri,” katanya.

Penyanyi Bila April itu terpanggil untuk bersuara apabila pelbagai insiden tular melibatkan komen-komen juri yang disifatkan melampau dan menjatuhkan maruah peserta sesebuah program realiti.

Malah, minggu lalu, seorang peserta program realiti meluahkan kekecewaan terhadap dirinya sendiri sehingga membatalkan niat melancarkan album selepas menerima komen pedas daripada juri.

Dalam pada itu, Fazley yang juga pernah bergelar juri dalam beberapa program realiti berkata, komen yang diberikan perlulah menambahkan semangat dan bukannya menjadi sebab untuk peserta kehilangan arah serta yakin diri.

“Masa sudah berubah. Jangan pula sampai mangsa hilang arah, punca dan keyakinan diri barulah pembuli rasa bersalah.

“Harap jangan sampai tahap bunuh diri sendiri. Nauzubillah min zalik. Semoga ada yang menegur. Saya juga ada anak perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya