Berkurung takut amukan gajah

Berkurung takut amukan gajah

MASYARAKAT Orang Asli Kampung Tual Pos Senderut di Lipis, Pahang meluahkan kebimbangan kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Cameron Highlands, S. Henry (kiri) berhubung keselamatan mereka. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Amukan gajah yang membunuh seorang remaja Orang Asli dua minggu lalu meresahkan kira-kira 4,000 penduduk dari 21 perkampungan di Pos Senderut, di sini untuk mencari rezeki dalam hutan dan berkebun sehingga memaksa mereka berkurung dalam rumah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tok Batin Kampung Tual Pos Senderut, Yok Ek Cantan berkata, penduduk kampung terbabit seolah-olah berada pada zaman darurat dengan terkurung di kawasan rumah kerana takut dengan serangan gajah.

Katanya, selain mencari rezeki di hutan, penduduk juga menoreh getah, menanam tanaman kontan seperti ubi kayu dan memiliki kebun durian sebagai sumber pendapatan.

“Berikutan itu penduduk di kawasan berkenaan termasuk lebih 200 penduduk dari 80 keluarga Kampung Tual merayu kerajaan menyalur barangan makanan kering dan basah.

“Penduduk percaya gajah tunggal setinggi kira-kira tiga meter dengan gading sepanjang hampir satu meter akan datang lagi walaupun ada usaha daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menghalaunya ke kawasan habitat semula jadi,” katanya ketika ditemui di Kampung Tual, semalam.

Yok Ek berkata, walaupun hutan adalah sebahagian kehidupan masyarakat Orang Asli di Kampung Tual turun temurun, tetapi dua minggu lalu kali pertama gajah membunuh penduduk di kampung tersebut.

Dia begitu berharap Perhilitan mengambil langkah terbaik bagi mengatasi ancaman gajah di perkampungan Orang Asli sekitar Pos Senderut dan Pos Betau.

‘Gajah akan kembali ke kawasan perkampungan secara pusingan untuk mencari makan akibat kawasan habitat haiwan itu diteroka.

“Janganlah hanya apabila ada yang mati dipijak gajah baharu riuh sekampung, kemudian senyap begitu sahaja. Nyawa manusia perlu diutamakan dalam soal ini,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, seorang remaja Orang Asli, Andy Yok Manin, 15, maut dipijak dan ditusuk gading gajah liar di Kampung Tual ketika mahu mencari petai hutan bersama abang dan seorang rakannya.

Pada 6 Disember tahun lalu pula, seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya