Beri saya sedikit masa lagi - Sissy Imann - Utusan Malaysia

Beri saya sedikit masa lagi – Sissy Imann

PETALING JAYA: “Beri saya sedikit masa lagi. Insya-Allah, saya akan kembali. Untuk Naim, saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.”

Demikian luahan penyanyi, Sissy Imann terhadap sepupunya yang juga penyanyi, Naim Daniel menjelang minggu separuh akhir Famili Duo Ahad ini.

Sissy yang mendiamkan diri beberapa hari lantaran menerima komen pedas dan lantang daripada juri program tersebut, Mas Idayu tidak mampu membantu rakan duonya merancang konsep persembahan minggu ini.

“Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.

“Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan yang terpaksa ditinggalkan dalam kegelapan kerana saya sendiri, terperangkap dalam keadaan gelap,” katanya.

Tambah penyanyi Pesanan Ayahanda itu, dia juga tidak dapat memberi komitmen untuk sama-sama memikirkan konsep persembahan minggu ini sementelah fikirannya masih kosong.

“Hari ini, hari rabu. Selama enam minggu sebelum ni, hari inilah hari di mana kita dah finalize concept persembahan.

“Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan dan pastikan deck yang kita buat bersama dah siap supaya production dah boleh present pada props. Stylist pun dah boleh cari baju.

“Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN