Bella berjiwa kental, tak campur urusan kerja dan peribadi - Wani Kayrie - Utusan Malaysia

Bella berjiwa kental, tak campur urusan kerja dan peribadi – Wani Kayrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Wani Kayrie menganggap rakan duonya, Bella Astillah sebagai wanita yang kental dan profesional ketika berdepan pelbagai masalah, khususnya melibatkan rumah tangga.

Kongsi Wani, Bella tidak pernah menunjukkan kesedihan dan menyimpan kegusarannya sendiri kerana tidak mahu menganggu latihan serta prestasi mereka dalam pertandingan Famili Duo.

“Secara mata kasar, Bella mungkin sedang berhadapan masalah, tetapi tidak pernah sekalipun dia tunjuk kesedihan.

“Jiwa dia memang sangat kental. Dia buang jauh-jauh semua masalah sepanjang latihan dan persembahan,” katanya.

Bella sebelum ini mendedahkan rumah tangganya diuji selepas seorang pelakon wanita cuba ‘mengurat’ suaminya, Aliff Aziz dengan menghantar pesanan tanpa henti dan menelefon penyanyi itu setiap hari.

Dalam pada itu, Wani yang juga pelakon menambah, dia tidak pernah mencampuri urusan peribadi Bella dan memberi ruang gandingannya itu menyelesaikan masalahnya.

“Saya tidak pernah tanya dan ambil tahu. Cuma, saya selalu pesan, kita habiskan pertandingan ini dulu. Fokus dengan apa yang ada di depan mata.

“Pertandingan ini adalah platform untuk kami berdua membuktikan bakat dan kemampuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya