Bayi maut selepas tidak sedarkan diri di pusat asuhan

Bayi maut selepas tidak sedarkan diri di pusat asuhan

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, bayi berkenaan dikatakan menerima rawatan kecemasan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, laporan kematian itu kemudian diterima Balai Polis Bandar Baru Bangi pada pukul 12.10 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati bayi itu dihantar oleh ibunya kira-kira pukul 7.15 pagi dalam keadaan sihat ke pusat asuhan terbabit sebelum disedari tidak sedarkan diri oleh pengasuh.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan dan siasatan di tempat kejadian tiada sebarang unsur kekerasan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, ia disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi terbabit.

Katanya, semakan mendapati pusat asuhan tersebut beroperasi sejak tahun 2014 dan mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”jelasnya.

Tambah beliau, polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034 bagi menyalurkan maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.