Atlet Para Sukma Perak terima insentif RM240,500 - Utusan Malaysia

Atlet Para Sukma Perak terima insentif RM240,500

SAARANI Mohamad (tengah) bergambar bersama penerima insentif Para Sukma XX pada majlis di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 39 atlet Perak yang merekodkan pencapaian cemerlang pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur November lalu, menerima insentif kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif keseluruhan berjumlah RM240,500 itu turut membabitkan jurulatih dan pengurus pasukan.

“Pada temasya Para Sukma lalu, seramai 93 orang atlet mewakili kontinjen Perak, daripada jumlah itu, seramai 39 atlet berjaya pulang dengan memenangi pingat.

“Lebih manis lagi sebanyak lima rekod baharu Para Sukma telah dipecahkan oleh atlet negeri Perak daripada sukan olahraga.

“Malah, lebih membanggakan kita, Anugerah Olahragawati Para SUKMA telah berjaya dirangkul atlet memanah, Nur Jannaton Abdul Jalil yang mencipta sejarah dengan memenangi tiga pingat emas di temasya kali ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Kepada Kontinjen Para Sukan Malaysia XX (Para Sukma XX) di sini hari ini.

Menurut beliau, nilai insentif yang diberikan itu adalah sama seperti mana yang diterima oleh kontinjen Sukma negeri Perak.

Katanya, insentif ini juga melibatkan setiap rekod baharu Para Sukma yang berjaya dicipta.

“Seperti mana yang telah dijanjikan, setiap pingat yang dimenangi akan diberikan insentif berjumlah RM5,000 bagi atlet yang memenangi pingat emas acara individu, RM3,000 bagi pingat perak dan RM1,000 bagi pingat gangsa.

“Selain itu, jasa bakti jurulatih dan pengurus pasukan juga tidak dilupakan. Setiap jurulatih dan pengurus pasukan juga akan diberikan insentif di atas komitmen dan usaha yang telah disumbangkan” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.