Kedah beri ganjaran RM88,000 kepada atlet para

Kedah beri ganjaran RM88,000 kepada atlet para

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menyampaikan replika cek berjumlah RM10,000 kepada atlet sukan memanah, G. Daneshen yang meraih tiga emas pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Para Sukma XX di Kompleks Belia dan Sukan di Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri memberi ganjaran sebanyak RM88,000 kepada 33 atlet sukan para yang berjaya meraih pingat pada kejohanan Para Sukma XX yang berlangsung November tahun lepas.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, atlet tersebut berjaya membawa pulang 39 pingat secara keseluruhan iaitu, 11 pingat emas, 16 (perak) dan 12 (gangsa).

“Anugerah insentif RM88,000 kepada atlet para negeri yang menyertai Sukma ini sebagai menghargai pencapaian mereka yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa. Pencapaian atlet para Sukma seterusnya diharapkan meningkat lebih lagi.

“Kita tidak ada angka sasaran tetapi dapat 11 emas dan berada pada ranking keenam daripada keseluruhan kontinjen dalam temasya sukan berkenaan, itu adalah hebat, lebih hebat daripada atlet normal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Para Sukma XX di Kompleks Belia dan Sukan di sini.

Atlet berkenaan menerima insentif antara RM3,500 hingga RM500 mengikut kategori pingat yang diraih termasuk bagi pingat emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa) bagi kategori individu.

Mengulas lanjut kata beliau, penganugerahan insentif tersebut bukan amalan baharu kerana ianya bertujuan meningkat, menggalak dan memberi motivasi kepada atlet negeri ini di temasya sukan negeri mahupun antarabangsa.

“Bagi memastikan pembangunan sukan Para dilaksanakan berterusan kerajaan negeri dan Jabatan Belia dan Sukan komited membangun serta mengembangkan bakat mereka. 

“Sehubungan dengan itu, program pencarian bakat i-talent akan terus dilaksanakan di mana penyertaan daripada peringkat akar umbi di 12 daerah bermula Mei ini,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya