Ambil minuman berkarbonat macam air kosong, Yusry tekad ‘potong’ gula

Ambil minuman berkarbonat macam air kosong, Yusry tekad ‘potong’ gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama bertarung membuang ketagihan terhadap minuman manis, terutama air berkarbonat, pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim bersyukur tabiat itu akhirnya dapat ditinggalkan.

Kata Yusry, dia gembira dengan tahap kesihatannya sekarang selepas berjaya mengawal pengambilan gula dalam pemakanan harian, sekali gus membantunya mendapatkan berat badan ideal.

“Sebelum ini, saya gemar minum Coca-Cola, lebih-lebih lagi ketika sibuk di set penggambaran. Saya minum umpama air kosong.

“Namun, sejak dua tahun lalu, saya sedar amalan ini tidak boleh diteruskan dan perlu dihentikan segera.

“Kini, saya berjaya kawal pemakanan, termasuk kurangkan gula dalam diet harian. Ia membantu berat badan saya turun daripada 72 kilogram (kg) kepada 67 kg,” katanya ketika ditemui dalam sidang media drama Legenda Puteri Qaseh, semalam.

Kata suami pelakon Lisa Surihani itu, keputusan tersebut dibuat bukan untuk kurus, sebaliknya mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

“Saya ambil keputusan ini, akhir tahun lalu. Saya buat untuk sihat kerana usia semakin meningkat.

“Terus terang saya katakan, pada awal memang sukar. Tetapi, lama kelamaan saya jadi lebih seronok apabila melihat berat badan berkurangan dengan cepat.

“Saya lebih bersemangat untuk teruskan apabila orang tegur perubahan fizikal. Saya sarankan kepada masyarakat jangan pandang ringan pengambilan gula berlebihan sebab kita telah dibiasakan sejak usia kanak-kanak lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN