Agong titah universiti bantu aspek pendidikan pelajar

Agong titah universiti bantu aspek pendidikan pelajar

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan pelancaran TAR UMT di Setapak, Kuala Lumpur hari ini. -FB Istana Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua universiti di Malaysia sama ada awam atau swasta, memainkan peranan membantu aspek pendidikan pelajar masing-masing.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda bertitah. perkara itu jika diusahakan dengan sebaik mungkin dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan khidmat mereka kepada negara pada masa akan datang.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ahli lembaga amanah dan pengelola serta warga Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan keputusan-keputusan yang telah membawa kejayaan kepada universiti,” kata Istana Negara menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini. 

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran TAR UMT di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 11 pagi tadi disambut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan barisan pengurusan tertinggi TAR UMT.

Pada tahun 2012, Kolej TAR dinaik taraf kepada kolej universiti dan dinamakan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan menerima sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Tinggi pada 7 November lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya