Agong, Raja Permaisuri ucap selamat Tahun Baharu Cina

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikan.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di dalam akaun Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” kata Istana Negara. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.