Seperti perlu baca 100 kertas kajian, Ryan Deedat akui PhD uji mental - Utusan Malaysia

Seperti perlu baca 100 kertas kajian, Ryan Deedat akui PhD uji mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi,Ryan Deedat menganggap cabaran menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebagai satu fasa yang berat yang terpaksa dilalui oleh pelajar dalam tempoh bertahun-tahun.

Ryan atau Sheikh Eamir Deedat, 34, berkata, fasa itu sangat menguji mental dan fizikalnya, malah ia jauh lebih susah daripada sekadar belajar biasa.

“Melanjutkan pengajian PhD secara jujurnya rasa seperti menandatangani kontrak untuk menderita secara akademik bertahun-tahun. Ini bukan sekadar ‘belajar lebih banyak’ semata-mata.

“Ini sudah macam membaca lebih 100 kertas kajian, mempersoalkan setiap perkara yang difikirkan kita tahu, menulis sesuatu yang kita dianggap bijak, namun penyelia hanya akan berkata, ‘hmm… belum lagi’,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Mengulas lanjut mengenai bebanan tersebut, Ryan yang juga penyanyi lagu Salimah mengakui bahawa emosi dan pemikiran pelajar PhD sering kali berubah-ubah sepanjang tempoh pengajian.

”kerja ini macam tidak pernah habis. Bermula daripada ulasan literatur, pengumpulan data, analisis, penulisan semula, penulisan semula berulang kali, dan kemudian menulis semula lagi kerana penulisan akademik nampaknya mempunyai kandungan muat turun digital (DLC) yang tidak terhad.

“Dari segi mental, saya macam hidup dalam dua situasi iaitu bersemangat menjadi pakar masa depan atau rasa buntu tidak tahu apa yang sedang dilakukan.

“Namun, kita tetap perlu teruskan kerana PhD ini bukan soal cepat siap tetapi tentang bagaimana mahu bertahan sehingga kita benar-benar mampu menguasai bidang ini,” katanya.

Untuk rekod, Ryan atau nama sebenarnya Sheikh Eamir Deedat, mula menyanyi sejak tahun 2017 dan popular dengan lagu Salimah dan Monalisa dan aktif sebagai penulis lagu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN