‘Afieyah teringin nak pegang jari sendiri’

‘Afieyah teringin nak pegang jari sendiri’

AINA Afieyah Muhamad Nazreen Shah menjalani pembedahan di HRPB bagi memisahkan jarinya yang bercantum akibat luka berulang ekoran penyakit EB atau kulit rapuh yang dialaminya. – IHSAN KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Afieyah teringin sangat nak pegang jari, kalau cepat sembuh bolehlah Afieyah uruskan diri sendiri nanti.”

Itu luahan Aina Afieyah Muhamad Nazreen Shah, 6, yang menghidap penyakit epidermolysis bullosa (EB) atau kulit rapuh.

Menurut bapa Afieyah, Muhamad Nazreen Shah Musthafa, 34, anak sulungnya itu baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi memisahkan kesemua jari tangan kanannya yang bercantum.

Katanya, selepas dua minggu berlalu, anaknya itu kini gembira apabila boleh menggerakkan jarinya ketika balutan dibuka bagi mencuci luka.

“Afieyah gemarkan aktiviti mewarna, malah cita-citanya juga untuk menjadi seorang pelukis. Sebab itu, apabila tahu yang dia akan menjalani pembedahan, dia sangat teruja.

“Dia selalu cakap teringin untuk pegang jari-jemarinya, malah tidak sabar untuk uruskan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Muhamad Nazreen Shah yang juga jurugambar sambilan di Media Mulia Sdn. Bhd., pembedahan anaknya itu sepatutnya dilakukan lebih awal namun tertangguh ekoran pandemik Covid-19 di samping keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut.

“Sekarang, Afieyah sudah boleh dibedah untuk memisahkan kesemua jari tangan kanannya yang melekat akibat luka berulang ketika kecil. Pembedahan juga dijalankan bagi membuang 18 batang giginya yang rosak,” katanya.

Sementara itu, menceritakan sikap Afieyah, Muhamad Nazreen Shah berkata, walaupun menderita sakit kulit yang kronik, anaknya itu sama sekali tidak pernah mengeluh mahupun merungut.

“ Apabila ada dua anak yang menghidap penyakit ini, saya dan isteri amat teliti dalam aspek penjagaan luka, kami mahu anak-anak sentiasa dalam keadaan selesa.

“Setiap bulan saya memperuntukkan wang sekitar RM5,000 ke RM7,000 untuk membeli set dressing (cuci luka), pembalut khas bagi menutup bahagian kulit yang terkoyak dan lampin pakai buang,” katanya.

Mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyumbang menerusi nombor akaun Muhamad Nazreen Syah 162085541395 (Maybank) atau hubungi di talian 011-36512046.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya