600 jawatan pegawai bomba belum diisi - Utusan Malaysia

600 jawatan pegawai bomba belum diisi

MOHAMMAD Hamdan Wahid (kiri) menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, hari ini.- UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kira-kira 600 jawatan pegawai bomba Gred KB19 masih belum diisi termasuk di akademi-akademi bomba dan penyelamat Malaysia (ABPM) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kekosongan jawatan itu berikutan persaraan pegawai-pegawai gred berkenaan.

“Kita mempunyai seramai 14,500 pegawai dan anggota bomba seluruh negara, manakala keseluruhan jawatan yang ada sebenarnya lebih 15,000.

“Gred KB19 tidak terisi ada lebih kurang 600 orang. Jumlah ini turut merangkumi perjawatan di beberapa balai yang baharu siap dibina dan diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan dilakukan secara berperingkat. Tahun lepas, kita telah membuat pengambilan seramai 1,000 pegawai bomba Gred KB19 dan pengambilan tersebut bukan jawatan baharu dalam JBPM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba Bagi ABPM Wilayah Timur (ABPMWT) dan JBPM Negeri Terengganu di ABPMWT, Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, seramai kira-kira 600 pelatih baharu akan menjalani Kursus Sijil Sains Kebombaan di ABPMWT dalam tempoh terdekat,

Katanya, pelatih tersebut diharapkan dapat mengisi penuh kekosongan Gred KB19 setelah ditauliahkan nanti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya