1,591 kemalangan pada hari kelapan Op Selamat

1,591 kemalangan pada hari kelapan Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,591 kes kemalangan dicatatkan pada hari kelapan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, jumlah kemalangan tersebut membabitkan 1,891 kenderaan.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kassim Karim berkata, kemalangan jalan raya membabitkan kereta mencatatkan 1,341 kes diikuti pacuan empat roda iaitu 241 kes.

“Sebanyak 209 motosikal direkodkan terlibat dalam kemalangan selain 44 lori dan 41 van.

“Kita juga mengesan 11 kes membabitkan bas, teksi (tiga) dan ambulans (satu),” katanya di sini hari ini.

Pada Isnin media melaporkan Polis Diraja Malaysia menerusi JSPT menggunakan pendekatan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan jalan raya, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya di samping mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN