13 sekeluarga hidup serba kekurangan - Utusan Malaysia

13 sekeluarga hidup serba kekurangan

CHE Norazimah Mohd. Radzi (kiri) bersama bapa, Mohd. Radzi Sulung dan ibu, Che Yati Che Jan serta tiga anak dan sebahagian adik-adiknya ketika ditemui di Kampung Sungai Pasir Luar, Terap di Kulim. – UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun dugaan dihadapi sebuah keluarga dilalui dengan hati yang tabah dan cuba berusaha sendiri untuk mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup.

Demikian coretan hidup sepasang suami isteri yang tinggal bersama lapan anak dan tiga cucu mereka dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Pasir Luar, Terap, di sini yang tiada seorang pun memiliki pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

Menurut Che Norazimah Mohd. Radzi, 27, dia tinggal bersama tiga anaknya dan ibu bapa, Mohd. Radzi Sulung, 54, serta Che Yati Che Jan, 47, di rumah itu bersama tujuh lagi adik-beradiknya yang berusia 14 bulan hingga 21 tahun.

Kata anak sulung itu, suaminya, Faizal Elias, 25, be­kerja di Seberang Perai, Pulau Pinang dan berusaha mencari pekerjaan tetap bagi mengurangkan bebanan ditanggung mereka selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19.

“Dua adik perempuan saya berusia 25 dan 24 tahun sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan masing-masing setelah tinggal berasingan. Saya pula pernah bekerja di kedai makan di Sungai Kob, namun terpaksa berhenti kerana anak bongsu sering sakit dan perlu berulang-alik ke Hospital Kulim.

“Bapa pula hanya melakukan kerja-kerja kampung mengait buah kelapa sawit sambil dibantu dua adik lelaki dan perempuan berusia 15 dan 17 tahun yang sudah tidak bersekolah serta seorang lagi adik berusia 21 tahun,” katanya ketika ditemui semalam.

Mereka kini bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM700 yang diterima bapanya manakala rumah tersebut sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, dia sedaya upaya mencari pendapatan lebih untuk membantu keluarga.

Bagi yang mahu membantu, boleh hubungi Che Azimah, 017-5894872 atau ke akaun Maybank 158211787180. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.