UPSI anugerah ijazah kepada 6,067 graduan

UPSI anugerah ijazah kepada 6,067 graduan sempena konvokesyen ke-24

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seramai 6,067 graduan akan dianugerahkan ijazah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-24 bermula hari ini hingga 9 Disember ini.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata,  jumlah graduan yang dianugerahkan ijazah termasuk lapan yang menerima secara anumerta. 

Beliau berkata,  pada sesi pertama hari ini, Canselor, Tuanku Zara Salim akan merasmikan majlis istiadat seterusnya menyampaikan anugerah ijazah kepada 586 graduan pada majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor,  Kampus Sultan Azlan Shah di sini. 

“Daripada jumlah itu seramai 123 graduan ijazah Doktor Falsafah, 191 Ijazah Sarjana dan 272 ijazah sarjana muda dan bakinya pada sesi kedua hingga kesembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Md Amin berkata, pada sesi pertama hari ini, Tuanku Zara akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Prof Datuk Dr Noraini Idris yang bergiat aktif dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). 

Menurutnya, Noraini yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)  UPSI,  pernah menjadi editor jurnal bertaraf antarabangsa serta berjaya menghasilkan lebih 30 buku secara bersendirian dan bersama rakan penyelidik bagi memantapkan ilmu.

“Selain itu, pelakon dan artis Arja Lee yang mengikuti  pengajian di bawah Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan ( FMSP) akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan dengan  tesis berjudul  “Mari Bermain Congkak: Suatu Aktiviti Didik Hibur Di Arja Art Academy,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya