UMP agih 3,500 pek makanan bantu mangsa banjir Pantai Timur - Utusan Malaysia

UMP agih 3,500 pek makanan bantu mangsa banjir Pantai Timur

YUSERRIE Zainuddin (tengah) bersama sukarelawan UMP Kilau sebelum pelepasan Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Pantai Timur di UMP Pekan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengagihkan sebanyak 3,500 pek makanan ‘ready to eat’ melalui teknologi retort kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Pengagihan pek makanan peringkat pertama itu sempena Misi Sukarelawan Banjir Pantai Timur dengan disertai oleh 20 sukarelawan UMP Kilau.

Sumbangan makanan berupa air minuman dan pakej makanan ready to eat melalui teknologi retort itu adalah di bawah inisiatif food@campus (UMP Campus Pantry) dan Yayasan UMP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. 

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, misi yang bermatlamatkan ‘Zero Hunger’ kemudahan makanan teknologi retort atau pensterilan yang dihasilkan itu mampu bertahan lama tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

“Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut yang sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, misi sukarelawan UMP Kilau pada kali ini akan mengedarkan bantuan pek makanan secara berperingkat. 

“Sumbangan ini bagi membantu mangsa banjir terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di kedua-dua negeri termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan IPT sekitarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yuserrie berkata, usaha terbabit adalah sebagai persediaan bagi menyediakan makanan semasa kecemasan bagi membolehkan pelajar di sini mendapatkan makanan yang sihat dan sedia untuk dimakan.

“Inisiatif ini adalah hasil kerjasama UMP, Yayasan UMP dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan pelajar yang terkesan banjir mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retort sepertu nasi berlaukkan ayam masak merah, daging masak kicap dan nasi goreng.

“Selain itu, usaha ini juga dirangka sebagai pelan jangka masa panjang dengan membangunkan Sustainable Campus Life Planning yang komprehensif meliputi pelan makanan, asrama, pengangkutan, peranti dan lain-lain bagi kemudahan pelajar dalam universiti,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan seramai 3,000 sukarelawan Kilau UMP dalam kalangan staf dan pelajar bersiap siaga bagi membantu pasca banjir yang akan berlaku khususnya di negeri Pahang dan di Pantai Timur. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya