TH akan umum surat tawaran haji, rayuan dan kriteria kesihatan - Utusan Malaysia

TH akan umum surat tawaran haji, rayuan dan kriteria kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memaklumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpillih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi platform-platform komunikasi rasmi TH.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran haji selepas tarikh pengeluaran surat tawaran itu diumumkan.

“Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH yang akan memaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji tahun ini telah diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah percaya berita yang tular di media sosial tentang tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan, syarat kelayakan dan kriteria pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, berita tidak sahih itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan berkenaannya.

TH memaklumkan, sebagai persediaan melengkapkan bakal-bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji dan gambaran suasana terkini di Tanah Suci, kursus asas haji dianjurkan selama 13 minggu bermula 25 November sehingga 17 Februari 2023.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya