Tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali: Operasi SAR giat dilaksanakan - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali: Operasi SAR giat dilaksanakan

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia giat menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian tanah runtuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, pagi ini, giat dilaksanakan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapannya di Twitter.

Menurut beliau, anggota dan aset bomba, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi sedang dikerah ke tempat kejadian untuk membantu proses menyelamat.

“Mangsa yang ditemukan sedang diberi rawatan dan perhatian oleh para petugas,” katanya.

Maklumat dikemas kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor mendapati, dua maut manakala 51 lagi masih belum ditemukan dalam kejadian tanah runtuh itu.

Menurut jabatan itu, tiga orang dilaporkan cedera dan 23 lagi berada dalam keadaan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN