Tahap kebersihan Terengganu mengecewakan

Tahap kebersihan Terengganu mengecewakan

SEORANG penduduk membuang sampah di tong sampah yang penuh dan melimpah di Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Namun tahap kebersihan di Terengganu yang mendapat julukan ‘Serambi Madinah’ sangat mengecewakan.

Pemandangan timbunan sampah yang melimpah dari tong sampah di tepi-tepi jalan utama merupakan perkara biasa di negeri ini.

Masalah itu dihadapi di semua daerah dan paling serius di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Keadaan tersebut berlaku apabila majlis kerajaan tempatan dan kontraktor yang dilantik untuk menjalankan tugas mengutip sampah gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pihak yang bertanggungjawab didapati gagal mematuhi jadual mengangkut sampah yang ditetapkan serta tiada usaha meningkatkan lagi kekerapan dalam menjalankan kerja-kerja tersebut.

Selain itu, kemudahan tong sampah yang disediakan pula tidak mencukupi terutamanya di kawasan kampung dan taman perumahan yang mempunyai penduduk padat.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan kepada RM77 juta bagi perbelanjaan berkaitan kontrak kebersihan dan pelaksanaan program kebersihan bandar.

Peruntukan tersebut juga meliputi pembelian tong sampah, program Terengganu Bersih dan Lestari, bantuan sewaan tong sampah roro dan projek kutipan sampah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr. Alias Razak pada sidang DUN itu memberitahu, terdapat 1,084 lokasi tong sampah di dua da­erah kelolaan

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu iaitu 583 di Kuala Terengganu dan 501 di Kuala Nerus.

Selain itu menurutnya, kerajaan negeri juga mengambil tindakan menamatkan kontrak dua kontraktor sampah kerana tidak mencapai prestasi kerja yang ditetapkan dalam menjaga tahap kebersihan di kawasan zon operasi mereka tahun ini.

Penduduk di negeri ini mengharapkan kerajaan ne­geri selepas ini dapat mengambil tindakan lebih serius dalam memastikan negeri ini sentiasa berada dalam keadaan bersih. Tahap kebersihan yang kurang memuaskan di bandar raya itu boleh mencacatkan pemanda­ngan di mata pelancong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya