PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memainkan peranan penting dalam penerbitan sukuk ditokenkan pertama di Malaysia menerusi projek rintis Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). CIMB yang bertindak sebagai Penasihat Utama Tunggal, Pengatur Utama Tunggal serta Ejen Kemudahan Tunggal, meliputi keseluruhan proses penerbitan dari peringkat awal hingga pelaksanaan. Inisiatif tersebut mencerminkan kerjasama erat antara pengawal selia dan pemain industri dalam meneroka penggunaan teknologi lejar teragih bagi…










