PETALING JAYA: Harga tenaga global dijangka mencatat lonjakan ketara sebanyak 24 peratus tahun ini, sekali gus mencapai paras tertinggi sejak konflik Rusia–Ukraine pada 2022, menurut laporan Bank Dunia. Dalam laporan Commodity Markets Outlook, Bank Dunia berkata, peningkatan itu didorong ketegangan dan peperangan di Asia Barat yang telah mengganggu kestabilan pasaran komoditi dunia secara menyeluruh. Bank Dunia turut menjangkakan harga keseluruhan komoditi akan meningkat sebanyak 16 peratus pada tahun ini, dipacu…










