Kehadiran ‘Mat Saleh’ ke Taman Negara dijangka meningkat

Kehadiran ‘Mat Saleh’ ke Taman Negara dijangka meningkat

DUA orang pelancong Poland berehat di atas tiub getah di anak Sungai Sat, Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kehadiran pelancong asing ke Taman Negara Kuala Tahan di sini dijangka meningkat melebihi 500 orang setiap minggu bermula Jun ini walaupun konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran belum reda.

Penolong Pengurus Tekoma Resort Taman Negara, Sabri Abdullah berkata, peningkatan jumlah pelancong itu berikutan perjalanan udara mulai pulih walaupun ada sesetengah syarikat mengurangkan jadual perjalanan.

“Jumlah kehadiran pelancong luar menginap di resort ini berkurangan sejak Januari tahun ini, iaitu cuma seramai 175 orang berikutan meletus konflik AS-Iran namun ada peningkatan sebanyak 285 orang Februari lalu dan kembali menurun 105 orang pada Mac.

“Rekod kehadiran pe­lancong asing atau Mat Saleh yang menginap di resort ini dalam tempoh tiga bulan, iaitu seramai 585 orang berbanding sebelum konflik di Negara Teluk kehadiran melebihi 500 orang setiap bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Tahan di sini.

Menurut Sabri, selain konflik itu, faktor bahang panas akibat musim kemarau awal tahun ini juga menyebabkan kekurangan pengunjung luar termasuk pelawat domestik.

Dia berkata, Taman Negara Kuala Tahan dan lima buah petempatan orang Melayu di pesisir Sungai Tembeling, Ulu Tembeling antara tarikan pelancong Mat Saleh kerana keindahan hutan tropika, budaya dan kesenian Melayu termasuk Orang Asli etnik Bateq dan makanan berasaskan ikan liar.
Ujarnya, pelancong da­ri negara Poland, Jerman dan Belanda paling ramai singgah di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×