PETALING JAYA: Keputusan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk keluar daripada pakatan kartel Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan OPEC+ bakal mengubah landskap pasaran tenaga global. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, dengan tindakan ini, UAE berpeluang meningkatkan pengeluaran minyak dan gas tanpa terikat kepada kuota yang sebelum ini ditetapkan oleh OPEC. “Justeru, sekiranya perang ini berakhir, sudah pasti bekalan bahan api akan meningkat…










